Monday, February 1, 2010

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)


VISI

Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.


MAKLUMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Am

Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.


Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.


Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.


Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.


Matlamat Khas


Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah s.w.t.


Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia rasulullah s.a.w


Memberi galakan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.


Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa al-Quran.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI


Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.


Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran al-Quran dan Hadis.


Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah,akhlak dan cenderung melakukan ma'ruf serta meninggalkan mungkar.


Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati al-Quran, doa dan zikir.


Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

PUSAT TUISYEN AMAL BAKTI


Ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini mempunyai pelajar seramai 150 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Pusat kami patut menjadi pilihan anda untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Kami mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan terlatih untuk membimbing anda. Kelas-kelas dikendalikan dalam saiz yang kecil untuk memastikan pelajar mendapat perhatian guru yang secukupnya. Kemudahan pembelajaran seperti bilik disediakan untuk kegunaan pelajar.

MENGAPA PILIH KAMI
  • Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Kelas Hafazan Yaasin

  • Ramai pelajar yang CEMERLANG

  • Guru berdedikasi & berpengalaman

  • Program Revisi Intensif Cuti Sekolah

  • Seminar Peperiksaan & motivasi

  • Yuran Rendah

  • Program klinik & "Post mosterm'

JADUAL KELAS

HARI JUMAAT

Tahun 2

8.30 - 11.30 pagi
Hafazan, Matematik & English

4.00 - 6.00 ptg
B.M & Sains


Tahun 3

8.30 - 11.30 pagi
Hafazan, Sains & B.M

4.00 - 6.00 ptg
English & Matematik


Tahun 4

8.30 - 11.30 pagi
Hafazan, Matematik & English

8.00 - 10.00 mlm
B.M & Sains


Tahun 5

8.30 - 11.30 pagi
Hafazan, Matematik & English

8.00 - 10.00 mlm
B.M & Sains


Tahun 6

8.30 - 11.30 pagi
Hafazan, Matematik & English

8.00 - 10.00 mlm
Sains & B.M

9.45 - 11.15 pagi
Kelas Belajar Membaca B.Melayu


HARI SABTU

8.30 - 9.45 pagi
Kelas Belajar Membaca B.Melayu

9.45 - 10.45 pagi
Kelas Belajar Membaca B.Inggeris

10.45 - 11.45 pagi
Kelas Pemulihan Matematik

8.30 - 9.30 pagi
8.00 - 9.15 mlm
Kelas Bahasa Arab


HARI ISNIN & SELASA

Tahun 6

8.00 - 10.00 pagi
Matematik & English

8.00 - 10.00 pagi
B.M & Sains


HANYA RM 40.00 = 5 SUBJEK





(Jumaat sahaja )

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN/IQRA'


PEJABAT URUSAN :
Lot 2 & 3, Rumah Kedai Taman Sopiah, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar. ( Berdekatan Masjid Aman ) atau di talian 019-4408849


"Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi"



Antara faktor utama yang menyebabkan orang ramai terutamanya golongan dewasa yang buta al-Quran terus kekal dengan kekurangan itun ialah sifat segan dan malu serta terlalu sibuk untuk belajar daripada mereka yang pakar.


Menginsafi kekurangan itu, ditambah lagi sebagai tanggungjawab untuk melengkapkan keperluan fardu kifayah itu kepada umat Islam di negara ini, Pusat Pengajian al-Quran/iqra ditubuhkan bagi menampung kelompongan itu.


Pusat itu berorientasikan pengajian al-Quran dan fardu ain secara individu dengan memberi perhatian khusus kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat membasmi gejala buta al-Quran terhadap golongan sasar.



Kelas yang disediakan di pusat ini adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa bermula seawal 8.oo pagi sehingga 10.00 malam setiap hari Ahad hingga Khamis dengan kadar bayaran yang amat berpatutan. Pusat Pengajian Al-Quran dan Iqra' mempunyai 8 orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai tauliah mengajar.



PROGRAM MENGAJI UNTUK :

Kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun
Pelajar sek. Ren. / Men.
Dewasa Lelaki / Wanita



JADUAL KELAS :

PELAJAR SEKOLAH
Setiap Ahad hingga Khamis



SESI PAGI - 8.00 - 9.00


SESI PETANG - 3.00 - 4.15


SESI PETANG - 5.00 - 6.15


SESI MALAM - 8.00 - 9.15


DEWASA LELAKI / WANITA


9.30 - 10.30 PAGI


Setiap Ahad Hingga Khamis


9.30 - 10.30 MALAM

Setiap Isnin hingga Rabu

KELAS TAJWID KHAS (Percuma)


JUMAAT : 4.30-5.30 PTG


KELAS HAFAZAN YAASIN

JUMAAT : 8.30-9.30 PAGI


Hubungi kami untuk pakej keluarga










SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & MA'AL HIJRAH 1431

Ucapan terima kasih pada semua yang telah memberi sokongan dan juga sumbangan bagi sama-sama membantu ke arah kejayaan kelas kami.









Doa akhir tahun, dibaca 3 kali selepas solat Asar pada 30 Dzulhijjah...













Doa awal tahun, dibaca 3 kali selepas solat Maghrib pada hari yang sama....