Monday, February 1, 2010

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)


VISI

Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.


MAKLUMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Am

Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.


Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.


Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.


Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.


Matlamat Khas


Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah s.w.t.


Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia rasulullah s.a.w


Memberi galakan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.


Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa al-Quran.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI


Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.


Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran al-Quran dan Hadis.


Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah,akhlak dan cenderung melakukan ma'ruf serta meninggalkan mungkar.


Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati al-Quran, doa dan zikir.


Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

No comments:

Post a Comment